Online Diary my life journey

Sunday 11 November 2012

rahmatNya...

kadang kala terusik hati ini apabila 'disapa' dengan kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari Yang Esa,,lantas tanpa  sedari aku mencaci mengapa begitu percaturanNya,,kemudian disebalik keperitan itu aku pelajari jalan mengatasinya,matang fikiranku kerana ujianNya..luas pemandanganku walaupun sakit hanya seketika,sabar..itulah paling bermakna,,nikmatnya baru ku rasa..

Disaat itu barulah aku ketahui,
disebalik ujian ada kerahmatan,
disebalik kesusahan ada kemudahan,,
disetiap penderitaan , terselit kasih sayang dariNya..
Hebatnya Allah Rabbul Jalil...
sedangkan kita tidak mengetahuinya...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

masa semakin hampir..luahan hatiku...:)

Assalammualaikum semua...
masa semakin hampir...ye memang,,
tak dapat disangkal...tak dapat dinafikan...
debaran terakhir,,semoga dipermudahkan..

doakan untuk peperiksaan pasa 19hb hingga 12hb.12...
19hb.11.2012.
peluang terakhir untuk menentukan masa hadapan..
peluang ni akan aku gunakan sepenuhnya..
kedukaan hari semalam aku padamkan seketika untuk melapangkan dada dan minda..
sesungguhnya aku insan biase,,tak mampu menahan amarah,,
ampunkan hambaMU ini Ya Allah...
ampunkan kekhilafan yang pernah aku lakukan ,,,
sesungguhnya Kau yang Maha Pengampun,,,
lapangkan la hati aku untuk menerima kembali orang-orang yang pernah menyakitiku sama ada aku sedar dan tidak sedar..
sesunggunhya perkara itu berat bagiku,,
Ya Allah...Kau Yang Maha mengetahui,,
Kau rancanglah perjalanan ku ini dengan sebaik-baik rancangan,,
semoga semua dugaan dan fitnah daripada orang-orang yang zalim menjadikan aku seorang yang tabah dan berhati-hati pada masa akan datang..
Ya Allah...Kau gerakkan hati mereka untuk insaf dan gerakkan hati mereka untuk jadikan segala perbuatan mereka pada hari ini sebagai pengajaran pada hari  yang mendatang..
Terima kasih Ya Allah,,telah menemukan aku dengan orang-orang yang menyenangi kehadiran aku di samping mereka..

tabah hati dek dugaan yang tiada henti..semoga apa yang berlaku bukanlah sebuah nasib tetapi sebaliknya WUJUD HIKMAH YANG DIRANCANG OLEH ALLAH..
...ALLAH ITU ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG....

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 8 October 2012

apa itu sahabat???

Assalammulaikum,,,
maaf ye sudah lama update entry..hihi
sibuk sesangat...
ok..sesuai ngn tajuk kat ats tuh..
miss nak cerita & nak suruh u all fikirkan
tanya pada diri sendiri bagi sedar sikit...hihihi

SAHABAT???
apa itu sahabat?? ada yang cakap sahabat itu adalah teman yang rapat dan benar-benar dekat sampai dia tahu hal-hal kecil tentang diri kita.
Ada juga yang cakap sahabat itu kalau nak pi mana-mana selaulu bersama-sama.
TETAPI miss cakap sahabat itu adalah teman dalam suka dan duka , tapi dia tahu batas dimana suatu saat ketika teman ada maslah,kita harus membiarkan dia mengatasi masalahnya sendiri supaya teman itu bangkit dengan matang dan berdikari.

kadang kala miss selalu menyebut..,'dia sahabat saya'..tapi ketika ditanya ini itu tentang sahabat miss yang berkaitan dengan keluarga,pendidikan,dan lain-lain,miss tak tahu..
daripada situ miss terfikir : adakah miss ini sahabat yag baik?? adakah saya ini layak menjadi seorang sahabat??
kerana yang telah menganggap sahabat adalah orang yang boleh melihat kita dari hati ke hati bukan kerana rupa,,harta,,latar belakang,,pendidikan dan lain-lain.
miss belajar memahami mereka walaupun kadangkala tidak boleh diterima oleh mereka sendiri..
bukannya tidak mahu mengambil tahu tetapi bagi miss persahabatan itu bukan dinilai dari sedalam apa yang kita tahu melainkan sedalam apa yang kita faham mereka.
miss pernah merasakan pahitnya persahabatan ketika miss mengaku dia SAHABAT miss,
ternyata dia hanya mempunyai prasangka yang tidak baik sehinggakan boleh melupakan miss dalam sekelip mata dan pergi tanpa ungkapan maaf setelah kesalahan yang dia lakukan..
ternyata dia tidak sedar tentang kesalahannya..mengapa orang lain boleh nampak kesalahan itu???
sedangkan si pelaku tidak sedar??
sedarlah wahai sahabatku??? jangan terus berada di dunia yang boleh menyakitkan hati dan fikiran kamu sendiri...

Ada sahabat ketika miss jatuh,malah dia terus pergi meninggalkan TETAPI ada sahabat ketika miss jatuh,sama-sama merasakan kesakitan itu..

Adakah itu ertinya SAHABAT???

Bagi miss sahabat adalah orang yang menganggap miss sebagai seorang sahabat.Kita tidak perlu menyebut 'sahabat saya adalah A , B , C , D , E  kerana 1 nama sahaja yang terlupa kita sebut maka orang itu pasti akan sedih..:(

" MANUSIA SELALU HIDUP BERKELOMPOK,TIADA MANUSIA YANG DAPAT HIDUP DALAM BERSENDIRIAN.
APABILA ADA MANUSIA TERSEBUT MAKA BENAR-BENARLAH MAKHLUK
YANG MALANG DAN HIDUPNYA TIDAK BERWARNA "


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 4 August 2012

Anugerah terindah daripada Allah

Assalammualaikum semua..
cam mne semua shat x?? moga2 shat ye..
Alhamdulillah hari ni miss berkesempatan untuk tulis entry ni..cer tgok tajukk...waaaahhhh
'ANUGERAH TERINDAH DARIPDA ALLAH'
kalau kite fikir2 kan pe yang kte ada hari ni semua anugerah drpd Allah...
Alhamdulillah..sempurna rasenya dapat anugerah ni..
pe yg miss ada hari ni ialah : : :

-KELUARGA YANG BAHAGIA-
-KASIH SAYANG YANG SECUKUPNYA-
-ENCIK MOHD ADI UZAIRI BIN MOHD BASRI-
-BAKAL KELUARGA PADA MASA HADAPAN YANG BAIK-
-SAHABAT SEPANJANG HAYAT-
-PENDIDIKAN UNTUK MASA HADAPAN-
-KEPERCAYAAN DARIPADA ORANG-ORANG SEKELILING-
-KEMUDAHAN YANG ADA-
-PELUANG UNTUK MENCIPTA KEBAHAGIAAN PADA USIA MUDA-
-PELUANG MEMBINA KEJAYAAN PADA MASA HADAPAN-

terima kasih untuk semua anugerah ni..
Ya Allah,,terima kasih telah beri hambamu ni keluarga yang sangat2 memahami..
terima kasih telah bagi hambamu ini merasai kasih sayang yang secukupnya
daripada keluarga..
terima kasih Ya Allah telah mempertemukan hambamu ini dengan seseorang insan
walaupun telah diuji dengan JARAK...
terima kasih telah menjauhkan perkara yang hambamu ini tidak sanggup hadapi iaitu kesukaran untuk mendapat kepercyaan dan kesanggupan dan penerimaan bakal ahli keluargaku..
Alhamdulillah..sesuatu permulaan yang baik..aminn...aminn..aminn..
terima kasih telah membekalkan hambamu ini dengan
 SAHABAT SEPANJANG HAYAT
erti persahabatan dapat dipraktikkan dengan kehadiran mereka..:)
Terima kasih memberi kesempatan untuk mempelajari
PENDIDIKAN sehingga tahap ini...cabaran dan dugaan sepanjang berada di alam pendidikan 
mematangkan hambamu ini..
Kepercayaan drpd org2 sekeliling dapat mnyakinkan hambamu ini..
Kemudahan yang diberikan pada hari ini..
dan sehinggalah peluang utk mencipta kebhgiaan di usia muda
dan peluang untk membina kejayaan pada mase hadapan..
PERKAHWINAN tidak menghalang kte untuk berjya dalam pelajaran dan PELAJARAN tidak menghalang kte untk membina SYURGA di DUNIA..
terima kasih Ya Allah,,, Alhamdulillah..
Sesungguhnya..segala yang diciptakan untk hambamu adalah sgat MANIS..

Kehadiran keluarga,,kekasih hati,,sahabat membuatkan hidup ni lengkap 
sebagai ANUGERAH TERINDAH DARIPADA ALLAH..
semoga Allah aturkan segala kemudahan..
  dan akhirinya dengan satu KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT..
aminn..aminn..

Terima Kasih Ayah,,Mak,,Akak,,Adik-adik..
telah melengkapkan satu keluarga bahagia kepada Miss..
Terima kasih Mohd Adi Uzairi bin Mohd Basri
telah melengkapkan perjalanan hidup miss drpd 8tahun dlu...
kte jumpa..kte hilang..kte jumpa..kte brjnji..
kte shngga kini.alhmdulillah..
Terima kasih sahabat sepanjang hayat..wawa,ain.syidah..miraa..
kte mencipta kenangan kte sndiri..sehinggakn Kenangan tu sering kte ulangi..
kte sering berbalah..kte berbaik..TAPI yang PASTI
KITA AKAN SALING MERINDUI SELEPAS 4BULAN AKAN DATANG
yang PENTING hubgn ini TIDAK LUPUT MACAM BUAH DI DALAM TIN..

Apa yang miss harapkan 
SEMOGA KEBAHAGIAN DAN KEJAYAAN PADA MASA HADAPAN AKAN MENJADI SAHABAT KARIB DAN TERCIPTA SYURGA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

AMINN..AMINN..YA RABBAL ALAMIN


 
 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 2 August 2012

nak shopping~~`

Assalammulaikum semua..
fuhhhh..fuhhh,,tiup habuk sat nohh..
dah lame sangat dah ni xupdate blog nih..

ok,,rsenya belum terlambat untuk ucap
'selamat berpuasa' kepada semua..hahahah
dah bpe hari erk kte berpuase??
rasenya kejap je an mase berllu...
lalu kanan lalu kiri at pasarya semua
dah ada lagu raya tapi..

alaaa...nk shoppingg...plzz
sape nak bawak nih??
jom buah hati miss kte pi shopping??
tapi kan..tapi kan miss faham tahun ni ada halangan kan..
coz tahun lepas dah ada peluang...
kasi peluang pada org len plak ye...
huhuhuhu..

shopping raya?? 
sapa la jadi mangsa teman miss nihh??
noi?? wawa?? idah?? mira??
kita pi shopping ramai2 ye..
hahhaha...

pe2 pon tema raya ni kne tukar...
xmau same dengan 'tuutttt'
hahahahhahaha..kelakar pon adaaaa...
rasenya smpai sni je kot.
sory la ea..xnak sme ngn awak..xnak...xnakk..huhuhuhu

ok la..next time..miss update lgi yerk...
ni pon ambik same kwan2 miss tengah wat 
mengarok n sesi membalas dendam..hahahaah
hope berjalan dengan lancar dan jayanya..hahaha..
googluck korg..:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 6 July 2012

Hati Seorang Perempuan..:)

Hati seorang perempuan sukar ditafsir,
Walau gelak menjadi teman dirinya,,
Walau bahagia menjadi pendamping hidupnya,,
Berapa banyak walau itu dapat ditunjukkan oleh hati seorang perempuan 
siapa tahu semua penderitaan itu dapat disembunyikan oleh seorang perempuan.

Jika seorang perempuan itu menangis dihadapanmu,,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi,,
Jika LELAKI membiarkannya pergi,,
Dia tidak akan pernah kembali  lagi untuk menjadi dirinya yang dulu 
selamanya.

Seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudah,,
kecuali dihadapan orang yang amat disayangi,,
DIA TERLALU SAKIT
Dapatkah LELAKI lihat dan rasakan sakit yang dirasainya??

Jika seorang perempuan itu pernah menangis kerana dirimu,,
tolong jangan persiakannya,,
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu..

Perempuan menangis,,
Kerana mereka tak mampu menangis diam-diam 
sudah tidak mampu bagi dirinya..

# Peranan LELAKI dalam kehidupan perempuan adalah pelindung & bukan sebagai pemusnah.
Perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri & untuk disayangi bukan untuk dikasari..

 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 5 July 2012

tentang hati..

Assalammualaikum semua..
tengah malam bru nk hadp blog nih..hihihi
ok la..tentang hati?? semua ada hati kn..
kdg2 dalam hati ni ada mcm2 perasaan..perasaan sedihh...gembiraa dll..
kalau la org boleh faham khendak kte kn best??,,,betui x??
tapi xsemua kte akn dpt..
kdg2 miss nk sgt2 jerit pe yg miss nak..
tapi miss taw semua tuh xkan dapat..
biar la miss simpn dalam hatii.
insylh satu hari nti semuanya akan faham..

boleh x org faham miss?? boleh x org  hargai miss??
boleh x  miss nak cm org lain??
dapat kesihatan cm org lain??

miss tw xmgkin kte dpt ubah semuanya..krna Allah dh tetapkan..
boleh x faham knpe miss cm nih?? npe??
mesty xbolehkn?? sbb xpnh nk try selami pe yg miss rse..

tabah & sabar mnjdi teman miss...
kalau la boleh miss nak sgt2 cam dlu..
nak sgt2....tapi ble??
xda kesudahan dan mgkin
SAMPAIKU MENUTUP MATA



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen