Online Diary my life journey: apa itu sahabat???

Monday 8 October 2012

apa itu sahabat???

Assalammulaikum,,,
maaf ye sudah lama update entry..hihi
sibuk sesangat...
ok..sesuai ngn tajuk kat ats tuh..
miss nak cerita & nak suruh u all fikirkan
tanya pada diri sendiri bagi sedar sikit...hihihi

SAHABAT???
apa itu sahabat?? ada yang cakap sahabat itu adalah teman yang rapat dan benar-benar dekat sampai dia tahu hal-hal kecil tentang diri kita.
Ada juga yang cakap sahabat itu kalau nak pi mana-mana selaulu bersama-sama.
TETAPI miss cakap sahabat itu adalah teman dalam suka dan duka , tapi dia tahu batas dimana suatu saat ketika teman ada maslah,kita harus membiarkan dia mengatasi masalahnya sendiri supaya teman itu bangkit dengan matang dan berdikari.

kadang kala miss selalu menyebut..,'dia sahabat saya'..tapi ketika ditanya ini itu tentang sahabat miss yang berkaitan dengan keluarga,pendidikan,dan lain-lain,miss tak tahu..
daripada situ miss terfikir : adakah miss ini sahabat yag baik?? adakah saya ini layak menjadi seorang sahabat??
kerana yang telah menganggap sahabat adalah orang yang boleh melihat kita dari hati ke hati bukan kerana rupa,,harta,,latar belakang,,pendidikan dan lain-lain.
miss belajar memahami mereka walaupun kadangkala tidak boleh diterima oleh mereka sendiri..
bukannya tidak mahu mengambil tahu tetapi bagi miss persahabatan itu bukan dinilai dari sedalam apa yang kita tahu melainkan sedalam apa yang kita faham mereka.
miss pernah merasakan pahitnya persahabatan ketika miss mengaku dia SAHABAT miss,
ternyata dia hanya mempunyai prasangka yang tidak baik sehinggakan boleh melupakan miss dalam sekelip mata dan pergi tanpa ungkapan maaf setelah kesalahan yang dia lakukan..
ternyata dia tidak sedar tentang kesalahannya..mengapa orang lain boleh nampak kesalahan itu???
sedangkan si pelaku tidak sedar??
sedarlah wahai sahabatku??? jangan terus berada di dunia yang boleh menyakitkan hati dan fikiran kamu sendiri...

Ada sahabat ketika miss jatuh,malah dia terus pergi meninggalkan TETAPI ada sahabat ketika miss jatuh,sama-sama merasakan kesakitan itu..

Adakah itu ertinya SAHABAT???

Bagi miss sahabat adalah orang yang menganggap miss sebagai seorang sahabat.Kita tidak perlu menyebut 'sahabat saya adalah A , B , C , D , E  kerana 1 nama sahaja yang terlupa kita sebut maka orang itu pasti akan sedih..:(

" MANUSIA SELALU HIDUP BERKELOMPOK,TIADA MANUSIA YANG DAPAT HIDUP DALAM BERSENDIRIAN.
APABILA ADA MANUSIA TERSEBUT MAKA BENAR-BENARLAH MAKHLUK
YANG MALANG DAN HIDUPNYA TIDAK BERWARNA "


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen